Tingkatan 4
-BAB 2 (RASUL PENYAMPAI WAHYU)
* Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah S.W.T. untuk membimbing mnausia pada jalan yang benar melalui agama islam.
* Baginda dibimbing oleh wahyu illahi dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang rasul.
* Melalui wahyu illahi, manusia menemui jalan kebenaran dan kebahagiaan hidup yang sejati.
* Rasulullah S.A.W. tidak mempunyai apa-apa kuasa terhadap khazanah Allah S.W.T. dan tidak berkuasa terhadap alam ini.
* Ilmu pengetahahuan merupakan aset penting bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan. hidup didunia dan akhirat.
* Setiap orang mestilah patuh pada segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk kesejahteraan didunia dan akhirat.
* Kita hendaklah sentiasa membaca dan memahami isi kandungan al-quran kerana ia merupakan petunjuk kepada kebenaran.
-BAB 8 (MAKANAN YANG BAIK)
* Umat islam hendaklah mengambil berat tentang makanan,minuman,dan pakaian supaya tidak melanggar hukum Allah S.W.T.
* Bahan makanan dan minuman yang halal adalah baik dan mendatangkan kebaikan kepada anggota badan seseorang, manakala makanan yang haram membawa kemudaratan kepada pengguna.
* Umat islam hendaklah berhati-hati membeli makanan dan minuman supaya tidak terbeli makanan dan minuman yang bercampur dengan benda-benda haram.
* Umat islam hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah S.W.T.
-BAB 9 (PERPADUAN TERAS KEMAJUAN)
* Orang islam hendaklah meninggalkan beberapa amalan buruk yang dapat memecahbelahkan masyarakat islam.
* Amalan-amalan mulia sangat penting bagi mewujudkan perpaduan yang teguh di kalangan orang islam.
* Semua orang islam adalah bersaudara . Oleh itu, kita hendaklah meninggalkan sikap saling benci=membenci antara satu dengan yang lain bagi mengukuhkan persaudaraan seasama islam.
* Setiap orang islam wajib menjaga harata,maruah, dan kehormatan saudaranya bagi mewujudkan suasan ayang aman dan harmoni.
* Semua nilai danm tingkah laku yang tidak baik hendaklah dihindarkan untuk memelihara ikatan persaudaraan sesama islam.
* Setiap orang islam hendaklah menghindarkan sikap mementingkan diri sendiri. Sebaiknya berusaha untuk mewujudkan semangat persaudaraan dalam kehidupan seharian.
No comments:
Post a Comment